Index»
apa
»
ibrahim
»
motif
»
rupa
»
sebegitu
»
tweet
»
zaid
»
Apa Motif Zaid Ibrahim Tweet Sebegitu Rupa

Apa Motif Zaid Ibrahim Tweet Sebegitu Rupa
Minggu, 15 Desember 2013

KITA mendengar pelbagai jenis reaksi susulan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah Allah yang mahu digunakan oleh sebuah penerbintan majalah Kristian.
Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka itu pada Isnin lepas.
Hari ini malaysiakini.com melaporkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes itu boleh menjadi kafir dan murtad.
Nooh Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak” menurut laporan portal itu memetik sumber akhbar tempatan.
“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya.
Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah ‘Allah’ hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.
Hari ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dalam tweetnya pula menampakkan beliau sebagai seorang yang terlalu liberal dalam Islam serta menganggap tuhan agama-agama lain sama tarafnya seperti Allah.
Tweet yang dibuat semalam itu memaparkan beliau berkata bahawa beliau sedang berada di Bali, Indonesia sebuah lokasi yang terdapat banyak tuhan dan para penduduk di sana tinggal dengan aman.
“Saya sedang berada di Bali, tempat yang ada banyak ‘tuhan’. Di sini mereka hidup aman, tidak mempersoalkan atau berebut untuk ‘tuhan’ yang satu atau namanya,” katanya dalam tweet itu.
Penulis tidak mampu nak bayangkan, tahap mana iman mereka ini sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Bila ditanya mereka dengan lantang mengaku mereka Islam, tetapi Islam di atas prinsip apa? Politik?
Related Posts : apa,
ibrahim,
motif,
rupa,
sebegitu,
tweet,
zaid
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar