Pendaki Gunung Sesat Gara gara Hand Phone Habis Cas!

Senin, 17 Maret 2014

Tiga pendaki yang bercadang menawan 14 puncak Snowdonia dengan berpandukan Google Earth dilaporkan sesat dan terpaksa diselamatkan gara-gara telefon bimbit mereka kehabisan bateri.



Media melaporkan semalam, pendaki terbabit cuma sempat menghantar mesej memaklumkan mereka tersesat dalam cuaca buruk ketika cuba menaiki puncak terakhir.

Penyelamat akhirnya menemui pendaki itu sejurus sebelum tengah malam dan menurunkan mereka dari ke Gunung Foel Fras setinggi 942 meter (3,091 kaki) ketika subuh.

Jurucakap penyelamat berkata, pendaki tidak sepatutnya bergantung kepada sistem elektronik untuk mengemudi perjalanan.

“Apa yang anda perlukan ialah peta dan kompas serta tahu menggunakan kemudahan itu,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan tiada seorang pun daripada tiga pendaki itu mempunyai pengalaman dan kemudahan yang dibawa mereka untuk ekspedisi pendakian “sangat terhad.”

Gambar pemandangan pergunungan Foel Fras.

-Agensi
Read More..

Jaga Maruah Dan Jangan Aibkan Suami

Sabtu, 15 Maret 2014


SAYA mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suaminya”.

Itu adalah di antara pesanan bekas suami Rita Rudaini, iaitu Aidil Zafuan yand dipetik menerusi akhbar Harian Metro selepas mahkamah mengesahkan penceraian pasangan tersebut, semalam.

Mengakui sedih dengan penceraian itu, Aidil juga tetap merasa terkilan dengan sikap bekas isterinya yang disifatkannya sering memburukkan namanya di laman-laman sosial.

Sebelum ini, Rita pernah mengeluarkan kenyataan yang dilihat seperti mengaibkan suami serta keluarga suaminya.

Namun, kemelut rumah tangga pasangan sensasi ini sudah pun berakhir semalam dan diharapkan kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa terhadap kedua-dua putera mereka, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Oleh:  AUDREY LEE
Read More..

Robbie Williams Masih Ragu Ragu Jadi Bapa

Jumat, 14 Maret 2014


PENYANYI Robbie Williams memberitahu bergelar seorang bapa merupakan pengalaman paling menakutkan buatnya dan dia masih ragu-ragu sama ada dapat menggalas tanggungjawab itu dengan baik atau tidak.

Robbie, 39, berkata, dia masih dalam keadaan sukar untuk menjaga anak perempuannya, Theodora yang kini berusia 13 bulan walaupun menyayangi anaknya itu sepenuh hati.

“Saya sudah mencuba yang terbaik tetapi saya belum mahir untuk menjaga seorang anak kerana tugas itu sangat mencabar,” akuinya seperti dilaporkan contactmusic.com.

Penyanyi itu turut mengtinjauankan sebuah lagu untuk anaknya berjudul Go Gentle dan menurut Robbie ia ditulis pada hari Theodora dilahirkan.

“Dia mengubah hidup saya kerana sebelum ini saya hanya memikirkan tentang kerjaya. Theodora mengajar saya untuk menjadi lebih bertanggungjawab tentang perkara lain,” katanya. – mStar Online
Read More..

Alvivi dibenarkan ikat jamin RM30 000 tiap seorang

Kamis, 13 Maret 2014


  • Hafiz Yatim
  • Malaysiakini Jul 25 2013
 
Penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibenarkan ikat jamin sejumlah RM30,000 tiap seorang dengan dua penjamin oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Alvin dan Vivian masing-masing menghadapi tiga tuduhan di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin, yang membenarkan ikatjamin itu bagaimanapun mengenakan tiga syarat ketat, termasuk menahan pasport mereka.

Mahkamah juga melarang kedua-duanya daripada memuat naik bahan-bahan atau mempunyai akses kepada peranti rangkaian pintar untuk memuat naik bahan-bahan yang sensitiviti di segi agama dan kaum.

Pada 18 Julai lalu, Alvin Tan dan Vivian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Mereka kemudiannya memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan mereka diikat jamin terhadap tuduhan tersebut.
Hari ini, mahkamah yang mendengarkan permohonan mereka itu, membenarkan dan kedua-duanya diikat jamin.
Read More..

RON 95 VS RON 97 Kenapa RON 95 Lebih Mahal Daripada RON 97 Yang Tiada Subsidi

Rabu, 12 Maret 2014

Kalau anda semua perasan, kalau tak silap aku disetiap stesen minyak ada tampal benda ni. Tapi sekarang diorang dah buang dan column RON97 dah di ganti dengan Diesel. yang memusykil kan aku kenapa RON97 lagi murah berbanding dengan minyak RON95 yang belum di subsidikan.... hmmmm.
Read More..

Kelebihan hari Jumaat

Selasa, 11 Maret 2014


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.  Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.  Antara peristiwa itu ialah :

1. Pernikahan Nabi Adam a.s dan Hawa 
2. Pernikahan Nabi Yusof a.s dan Zulaikha
3. Pernikahan Nabi Musa dan Shafuro
4. Pernikahan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis 
5. Pernikahan nabi Muhammad S.A.W. dan Khadijah r.a
6. Pernikahan Nabi Muhammad S.A.W. dan Siti Aishah r.a
7. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra r.a

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: 

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat. 
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:  “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.” Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda:  “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih).  Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:  “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam.  Antaranya:

- Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
- Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan 
  kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca     surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
- Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
- Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
- Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
Read More..

Petronas Lulus 13 Kontrak Bernilai RM10 Bilion

Senin, 10 Maret 2014


KUALA LUMPUR – Petronas meluluskan 13 pakej utama, kontrak kerja luar pesisir bagi pengoperasian dan perkhidmatan untuk tempoh lima tahun bernilai kira-kira RM10 bilion, kepada enam pembekal tempatan.

Kerja-kerja itu diluluskan kepada Kencana HL Sdn Bhd, Dayang Enterprise Sdn Bhd, Petra Resources Sdn Bhd, PBVJ Sdn Bhd, Carimin Engineering Services Sdn Bhd dan Sigur Ros Sdn Bhd, untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini.

Kontrak itu melibatkan pemasangan, pengoperasian, perkhidmatan penyelenggaraan bagi kemudahan luar pesisir dan keperluan tenaga manusia bagi pelaksanaan skop kerja masing-masing.

“Kontrak utama itu merupakan perakuan Petronas terhadap keupayaan penyedia perkhidmatan tempatan, termasuk syarikat-syarikat Bumiputera,” kata Naib Presiden Pengurusan Petroleum Ramlan A. Malek dalam satu kenyataan Jumaat.

Beliau berkata enam kontraktor akan menyediakan perkhidmatan pemasangan dan pengoperasian serta perkhidmatan penyelenggaraan utama kepada sembilan kontraktor perkongsian pengeluaran Petronas, termasuk Petronas Carigali Sdn Bhd, Sarawak Shell Bhd, Sabah Shell Petroleum Co Ltd dan ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc.

Kontrak itu merupakan antara projek penyelenggaraan terbesar Petronas ketika ini.

Katanya ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Petronas untuk terus mengoptimumkan aktiviti penghantaran dan luar pesisir dari segi kos dan jadual, dan pada masa yang sama memacu dan menyokong keupayaan dalam kalangan kontraktor perkhidmatan Malaysia. – BERNAMA
Read More..

Soalan Misteri Jom perah otak!

Minggu, 09 Maret 2014


Alih Bahasa


Bayangkan Ente sampai pada satu persimpangan. Satu jalan menuju ke syurga dan satu jalan lagi menuju ke neraka. Terdapat dua orang yang sedang berdiri. Salah seorang adalah yang bercakap bohong dan seorang lagi adalah yang bercakap benar. Ente hanya boleh bertanya satu soalan sahaja (soalan sama untuk kedua-dua orang tersebut) untuk cari jalan ke syurga. ~Jom pecahkan kepala
Read More..

Majlis perpaduan baru bebas bincang isu sensitif

Sabtu, 08 Maret 2014


  • Malaysiakini Nov 25 2013
Putrajaya menubuhkan Majlis Kolsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) melibatkan 29 anggota daripada pelbagai bidang, daripada pelakon kepada ahli politik PAS, bagi merangka agenda perpaduan nasional untuk tempoh enam bulan.

Diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) Tan Sri Samsuddin Osman, majlis itu akan membentangkan cadangan kepada kabinet dan diberikan kebebasan mengumpul maklumat dan memutuskan isu yang perlu ditangani.

NONEKetika mengumumkan pembentukannya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, MKPN diberi kebebasan membincangkan isu sensitif seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, isu perumahan dan isu melibatkan Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, mesyuaratnya hendaklah diadakan secara tertutup.

Antara dilantik ke majlis itu pengerusi eksekutif Media Prima Datuk Johan Jaafar, pemimpin PAS Mujahid Yusof Rawa, bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah, aktivis Datuk Marina Mahathir serta pelakon Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot.

Read More..

Konstabel Maut Kejar Penunggang Motosikal

Jumat, 07 Maret 2014


JOHOR BAHARU – Seorang konstabel polis maut akibat kemalangan motosikal ketika mengejar seorang penunggang lelaki dalam rondaan cegah jenayah di Kampung Baru Pandan, di sini hari ini.

Dalam kejadian 2.15 pagi ini, Jucille Juin, 23, maut selepas kenderaannya bergesel dengan motosikal lelaki itu menyebabkan motosikalnya hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu jalan dan terjatuh ke dalam longkang.

Timbalan Ketua Polis I Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Wahib Musa berkata dalam kejadian itu Jucille bersama seorang lagi rakan setugas terserempak dengan lelaki berkenaan dalam rondaan bermotosikal di Jalan Loo Hong Jung.

“Jucille dan rakannya yang lengkap berpakaian seragam polis bertindak mengejar lelaki bermotosikal itu apabila lelaki terbabit memecut kenderaannya.

“Motosikal Jucille kemudian bergesel dengan motosikal lelaki itu yang menyebabkan kedua-dua mereka hilang kawalan dan mangsa melanggar tiang lampu  dan terjatuh ke dalam longkang manakala motosikal lelaki terbabit terjatuh ke atas jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Wahib berkata Jucille yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail di sini.

Beliau berkata lelaki berumur 21 tahun terbabit yang patah kaki kiri kini dirawat di hospital sama selepas ditahan rakan setugas mangsa.

Katanya Jucille yang akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 30 Okt ini menyertai polis pada Ogos 2009 dan kejadian berlaku ketika dia dan seorang lagi anggota polis itu dalam waktu penugasan mulai 12 malam tadi hingga 8 pagi ini.

Katanya lelaki terbabit yang bekerja sebagai pembantu cef di sebuah hotel di sini didapati tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas pengaruh dadah, namun siasatan terhadapnya sedang dilakukan berhubung motif dia melarikan diri ketika terserempak dengan pihak berkuasa.

Sementara itu, isteri Jucille, Line Marlina Stephen, 22, ketika ditemui di bilik forensik HSI berkata suaminya sempat berpesan supaya menjaga kandungan sulung mereka yang mencecah lima bulan dengan baik sebelum keluar bekerja tengah malam tadi.

“Dia (Jucille) ada beritahu rasa sengal-sengal badan dan penat, namun saya tidak sangka dia ditimpa kemalangan ini,” katanya.

Line Marlina berkata jasad suaminya akan disemadikan di kampung halaman mendiang di Kampung Mabpai, Inanam, Sabah. - BERNAMA

**Bukan gambar sebenar kejadian.
Read More..

Pas nasihat Mahathir fokus selamatkan Umno Jangan dok kacau Pakatan

Kamis, 06 Maret 2014

sinarharian
7 Februari 2013
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tumpuan lebih untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada mencampuri urusan dalaman Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataan Dr Mahathir yang mencemuh Pas kerana takut dan tidak berani untuk keluar daripada ikatan itu tidak timbul.
Sebaliknya kata beliau, kerjasama politik itu perlu diteruskan malah telah disepakati sejak 2008 lagi.

“Kenapa Tun Dr Mahathir nak peduli hal rumah tangga orang lain, Pas tiada niat untuk tinggalkan PR, kita sudah sepakat dengan ikatan itu dengan dasar bersama sejak 2008 lagi.

“... apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu hanyalah khayalan beliau sendiri, iltizam kita hanyalah untuk menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Salahuddin juga menyifatkan hubungan Pas, DAP dan PKR pada masa ini sangat baik dan tiada keperluan bagi Pas untuk meninggalkan gagasan itu.

“Kita bina hubungan (tahaluf siyasi) ini dengan baik dan kami yakin tidak ada yang perlu ditakutkan tentang kerjasama ini,” ulasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mencemuh Pas sebagai tidak berani keluar daripada PR kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP.

Dr Mahathir berkata, Pas khuatir tidak akan mendapat sokongan ra
kyat dan seterusnya kalah dalam PRU13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu.
Read More..

iClean Theme Untk Pengguna Blogger Percuma

Rabu, 05 Maret 2014


Satu Template Percuma Saya Berikan Untuk Anda Semua


iClean Theme is a free blogger template with 2 columns, right sidebar, minimalist, exclusive design for Blogger, space for ads, footer columns, social icons, neutral colors and posts thumbnails. Blogger layout for blogs about business.



DownloadView Demo
Read More..

5 Kuburan Selebritis Dunia

Selasa, 04 Maret 2014

1. Putri Diana
Althorp, kebun keluarga Spencer di Northhampshire, Inggris, Anda akan menemukan pandangan indah dan arsitektur indah. tempat peristirahatan terakhir Putri Diana. di sebuah pulau di tengah danau yang disebut Putaran Oval. Dari tepi danau Anda dapat melihat wadah tetapi bukan nisan atau kuburan. Sekali setahun, antara bulan Juli dan September awal, pengunjung diperbolehkan untuk mengunjungi kuil di dekat pulau tetapi tidak ada pengunjung yang diizinkan untuk menginjakkan kaki di pulau itu sendiri.


2. Bruce Lee

Hampir 40 tahun setelah kematiannya, guru seni bela diri Bruce Lee tetap ikon genre yang paling terkenal. Kuburannya di Seattles Lakeview Cemetery masih menarik peziarah dari seluruh dunia, ia meninggal mendadak pada usia 32, hanya beberapa minggu sebelum rilis film hit-nya, Enter the Dragon. Meskipun penyebab kematian resmi adalah reaksi alergi terhadap Aspirin, rumor bertahan bahwa ia meninggal sebagai akibat dari kutukan jahat; rumahnya di Hong Kong dikatakan telah dihuni oleh setan yang mengincar rumah penduduk selama tiga generasi. Teori Konspirasi sering menunjuk kepada kematian tragis putra Lee Brandon sebagai bukti legenda aneh; Brandon ditembak ketika syuting pembuatan film The Crow pada tahun 1993 - tahun yang sama dengan ulang tahun ke-20 kematian ayahnya.


3. Marilyn Monroe

Bahkan 47 tahun setelah kematiannya, bintang Marilyn Monroe pesonanya masih tetap bersinar dengan terang, itu terbukti dalan Sebuah lelang eBay yang dipublikasikan untuk di kubur di dekat makam marilyn, di kuburan Los Angeles.dan pemenangpun jatuh pada seorang warga negara jepang dengan tawaran atas $ 4.600.000. kematian Monroe pada umur 36 dikatakan telah menghancurkan mantan suaminya, Joe DiMaggio, dia menikah hanya untuk 274 hari. Legenda bisbol itu tidak pernah menikah lagi dan selalu mengirim mawar merah ke makam marilyn tiga kali seminggu selama 20 tahun berikutnya.


4. Elvis Presley

Elvis Presley sebenarnya memiliki dua kuburan. Setelah legenda rock-n-roll overdosis obat resep pada bulan Agustus 1977, ia dikuburkan di sebuah makam di Forest Hills Cemetery di Memphis, Tenn Tapi penggemar dan pencari souvenir sering merusak kuburnya, sehingga Presley dan Gladys ibunya dipindahkan ke tempat saat ini - dan sejauh ini, akhir tempat - beristirahatnya di Graceland. Raja telah mati selama lebih dari tiga dekade, namun 600.000 orang per tahun masih mengunjungi makamnya


5. Jim Morrison
Didirikan pada 1804 oleh Napoleon Bonaparte, pemakaman Pere-Lachaise di Paris berisi sisa-sisa ribuan seniman terkenal, penulis dan musisi, termasuk Edith Piaf, Max Ernst dan Oscar Wilde. Tapi makam kuburan yang paling dikunjungi milik legenda rock Amerika Jim Morrison, yang meninggal di Paris pada tanggal 3 Juli 1971, gagal jantung. Pada hari tertentu, rombongan wisatawan mengelilingi batu nisan, yang telah tertutup dengan grafiti. 

sumber
Read More..

Antara Pak Mie Dan Chetz Yusof

Senin, 03 Maret 2014



SELEPAS Maznah atau Chetz Yusof dibebaskan dengan bon mahkamah tempoh hari, kini berlumba-lumba beberapa laman portal dan portal menulis tentang ‘kebaikan dan kesucian’ yang dilakukan oleh Chetz.
Kononnya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi sebaliknya hanya menunjukkan kasih sayangnya kepada anjing-anjingnya.
Semua hujah didasarkan atas alasan yang sama, kasih sayang kepada makhluk tidak mengira apa spesisnya.
Jelas di situ bagaimana mereka tidak memahami apa larangan yang di dalam Islam.
Menjaga anjing seperti yang pernah saya tulis, banyak perkara perlu difikirkan untuk menjaganya terutama dari segi kebersihan jika terkena jilatan dan air liurnya.
Menurut Dr Fathul Bari Mat Jahaya dalam twitternya, mudah menjelaskan bahawa membela anjing diperbolehkan dalam dua keadaan iaitu untuk keselamatan dan untuk berburu.
” Bela anjing dibolehkan untuk berburu dan untuk keselamatan tetapi jika sebagai binatang peliharaan sepakat para ulama mengharamkannya,” katanya.
MEREKA KEMUKA BUKTI ASHABUL KAHFI
Bagi laman-laman web pro-pembangkang ini mereka mengambil beberapa hujah biasa yang kita dengar daripada Al-Quran antaranya kisah pemuda yang terperangkap di dalam gua bersama anjing mereka.
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka “; dan setengahnya pula berkata:”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka” – secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”.
Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). Surah Al-Kahfi-ayat 22.
Itulah hujah yang digunakan. Bagaimanapun pada ayat ini tidak pun dikatakan sama ada anjing itu bersentuhan dengan pemuda-pemuda itu atau tidak.
HADITH : MALAIKAT TIDAK AKAN MEMASUKI RUMAH YANG ADA ANJING
Kemudian laman web menggunakan ayat Al-Quran di Surah Al-Maidah ayat 4 yang menunjukkan anjing sebagai binatang pemburu.
Kita tidak nafikan kesemua dalil yang diberikan adalah betul dan semuanya adalah sebab yang membolehkan anjing dibela oleh orang Islam.
Tetapi kita tidak boleh mengenepikan Hadith Rasulullah berkaitan Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing bukan untuk berburu atau menjaga keselamatan rumah. Malaikat tidak akan masuk.
Kemudian, laman-laman web pro pembangkang ini mengemukakan bukti merujuk kepada Pak Mie dan isterinya di Alor Setar, Kedah yang memelihara anjing buangan sehingga mencecah 70 ekor dan lebih 100 ekor kucing.
Pada saya, Pak Mie hanya membela anjingnya di sebuah lokasi di luar kawasan rumah bahkan jauh dari rumahnya.
Pak Mie pula tidak meletakkan kesemua anjingnya di dalam rumah dan dia membelanya dan meletakkan anjing itu ditempat sepatutnya.
Walaupun kita tidak dapat melihat Pak Mie melakukan samak, di situlah datangnya peranan bersangka baik bahawa Pak Mie tahu selok belok dan cara menjaga anjing.
Lebih-lebih lagi, Pak Mie akan mewariskan kerja murninya itu kepada anaknya untuk diteruskan.
Pak Mie tidak merakamkan video dengan berlatarbelakangkan takbir Raya dan kemudian dimuatnaik ke YouTube dengan niat untuk melihat apakah reaksi masyarakat terhadap tindakan itu.
Warga emas itu dan isterinya melakukannya secara rahsia dan diam-diam kerana tugas murni dilakukan dengan ikhlas bukan dengan niat mahu dipertontonkan kepada seluruh negara.
Jadi, apa tujuannya Maznah merakamkan video dengan cara penerbitan sebegitu rupa dengan alasan beliau mahu mendidik masyarakat tentang kebersihan dan penjagaan anjing?
Bukankah boleh dia memberi penerangan tentang cara membersihkan diri atau samak selepas melatih anjing sebelum mengucapkan Selamat Aidilfitri.
Lebih parah, dengan menggunakan alunan Takbir Raya sebagai latar belakang lebih mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam. Jadi apa motif laman pro-pembangkang mempertahankan Maznah ni.
Saya cukup mengenali laman pro pembangkang sebagai mereka yang pantas menyambar apa sahaja peluang untuk memperlihatkan diri mereka sebagai hero menyelamatkan seseorang yang pada mereka kononnya ditindas dengan zalim.
OLEH : KUMBANG WIRA
Read More..

Ritual mandi ludah di India

Minggu, 02 Maret 2014

10 Feb 2013


di India mengajarkan masyarakat Hindu kasta rendah untuk berguling di sisa makanan yang dibuang oleh kasta lebih tinggi. Hal itu dipercayai mereka dilakukan untuk menghilangkan penyakit. Yang unik, meski ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, masyarakat pelaku ritual ini tetap tak mau berhenti melakukan ritualnya.

Ritual ini sendiri disebut Made Snana atau Mandi Ludah, yakni ritual yang umum dilakukan di Wilayah Karnataka ketika perayaan rutin yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun Kukke Subramanya. Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di kota Udupi.

Sebagai bahagian dari ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang dimakan para brahman , sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi. Dengan bergulingnya mereka di sisa makanan tersebut, diyakini, semua kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan.Festival rutin ini diikuti hingga 25,000 orang yang berguling di ‘sisa makanan’ para Brahman .

Sementara, di sisi lain, ada sebahagian Dalit yang tergabung dalam Organisasi Kesejahteraan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak manusiawi dan tak dapat diterima. Jika memang dapat menyembuhkan penyakit secara efektif, harusnya pemerintah pusat menutup rumah sakit dan lembaga kesihatan formal lainnya.

Sedangkan pihak yang memprotes lainnya menganggap tradisi ini tak berbeda jauh kejahatannya dengan tradisi sati dimana para janda dibakar saat pemakaman suaminya. Bahkan menteri sosial dan kesejahteraan, A. Narayanaswamy, yang juga seorang Dalit, mengatakan bahawa tak ada toleransi bagi ritual ini. Ia tak peduli kasta mana yang berguling atau kasta mana yang membuang makanan, ritual ini tetap menjadi sebuah hal yang sangat tidak ilmiah dan menjijikan.

Penjelasan akan ritual aneh ini pun dijelaskan oleh salah satu pengikutnya, seorang astrolog, Kabyadi Jayarama Acharva. Menurutnya, Snana tak ada hubungannya dengan pembahagian kasta. “para Brahman  yang makan dianggap sebagai representasi dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap berkah dewa. Saya sendiri berguling snana saat umur 16 tahun dan penyakit kulit saya sembuh.

Beberapa pihak meyakini bahawa ada efek psikologis yang timbul saat melakukan ritual ini sehingga menyebabkan keyakinan pada diri mereka dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan menyelesaikan problem  yang mereka dapatkan.

Sementara debat mengenai ritual ini terus berjalan, ternyata satu-satunya cara untuk menghentikan ritual ini adalah dengan merubah keyakinan para pengikutnya yang tentunya memerlukan waktu lama untuk meyakininya.


Ditulis oleh berita maya, -

mediaseru

Read More..

Orlando Bloom Bercinta Dengan Liv Tyler

Sabtu, 01 Maret 2014


KHABAR menggembirakan buat peminat-peminat Orlando Bloom apabila aktor tersebut dikatakan sudah pun menjalinkan hubungan cinta dengan Liv Tyler.

Menurut laporan portal Star Magazine, cinta pasangan itu mula terjalin selepas mereka bertemu pada sebuah pementasan teater 24 Noveber lalu.

Pertemuan ini bukanlah pertama kali buat Orlando dan Liv kerana mereka pernah bekerjasama menerusi filem Lord Of The Rings.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pasangan tersebut.

Orlando telah pun berpisah dengan Miranda Kerr sebulan lalu, namun kedua-dua mereka juga sering dilihat bersama. – mStar
Read More..